Dec 10, 2024 3PM
TH salurkan 10,000 kotak makanan pada 50,000 mangsa banjir
Lembaga Tabung haji (TH) dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) akan menyalurkan 10,000 kotak makanan kepada lebih 50,000 mangsa banjir di seluruh negara dalam masa terdekat.
TH dalam kenyataan memberitahu, sumbangan dengan nilai keseluruhan RM500,000 itu akan diserahkan kepada YFBM bagi menyediakan makanan sedia dimakan untuk diagihkan kepada mangsa di pusat pemindahan sementara dan petugas barisan hadapan secara berperingkat di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata pihaknya amat prihatin dan terkesan dengan musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur hingga mengakibatkan beberapa cawangan di negeri berkenaan ditangguhkan sementara waktu operasinya.
“TH bersolidariti bersama komuniti yang terkesan dengan membantu meringankan beban mereka menerusi program tahunan Tanggungjawab Sosial Korporat TH yang memfokuskan kepada bantuan bencana alam termasuklah banjir,” katanya.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata pihaknya amat prihatin dan terkesan dengan musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur
Syed Hamadah juga berkata, BIMB menawarkan Kemudahan Bantuan Bencana khusus buat perniagaan mikro, kecil dan sederhana melalui pembiayaan modal kerja serta membaik pulih atau menggantikan aset perniagaan, selain memperuntukkan bantuan sokongan kewangan berjumlah RM250,000 dan melancarkan Tabung Bantuan Banjir bagi membantu kakitangan yang terkesan.
Syarikat Takaful Malaysia Berhad turut memberikan sumbangan kewangan serta bantuan proses tuntutan insurans segera untuk kenderaan mahupun kesihatan, manakala TH Properties Sdn Bhd menyumbang bantuan bekalan asas harian dengan nilai keseluruhan berjumlah RM10,000.
Waktu Solat
12 Dec 2024
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:10